About

Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah (DBM) di Taman Cermai, Permatang Pauh, Seberang Perai adalah salah sebuah pusat perubatan Islam  daripada keseluruhan 24 hospital swasta di Pulau Pinang .Mula beroperasi sejak November 1996 di Jalan Arowana ( atas Restoran Saga) dan berpindah ke lokasi sekarang pada Feb 1999.

Penubuhan pusat ini adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan pesakit luar dan bersalin menurut kaedah perawatan Islam. Klinik ini memiliki 2 orang doktor wanita termasuk Dr Rosnah sendiri dan juga 3 orang doktor sambilan yang mempunyai kepakaran dalam sakit puan dan bius serta jururawat wanita Islam. Sebagai sebuah pusat rawatan yang mengamalkan kesihatan yang diambil daripada dunia perubatan Islam, DBM yang beroperasi selama 24 tahun  telah melahirkan melebihi 12000 bayi .Dbm menambahkan satu cawangan bahru iaitu DBM Klinik dan Bersalin Batu Caves pada tahun 2008.  

2 org dr perempuan iaitu DR ROSNAH dan DR HANITA mengendalikan kes-kes bersalin yang bertugas 24 jam  secara bergilir.

Terdiri daripada 3 org doktor yang mengendalikan klinik penawar yang beroperasi dari hari ahad hingga jumaat.pada 9.pg-7ptg.Hari sabtu adalah  hari cuti klinik Penawar. DEWAN BERSALIN MUSLIMAH  beroperasi 24 jam.

Sebagai sebuah pusat rawatan yang  mengamalkan perubatan islam,DBM sentiasa menggalakkan pesakit mematuhi syariat islam dengan menyuruh pesakit banyak berdoa ,berzikir dan berselawat ketika hampir bersalin. Memandangkan  dbm mengamalkan husband and baby friendly, suami dikehendaki menemani isteri sehingga bersalin semasa didalam labour room. Selain itu DBM juga membantu ibu supaya  sembahyang hingga saat kelahiran bayi,selagi ibu mampu ibu masih boleh melakukan solat.

Bayi akan diazankan ,di-iqamatkan  sebaik sahaja dilahirkan.

Dbm juga sentiasa  menggalakan ibu supaya  mengamalkan pemakanan sunah seperti kurma atau madu untuk memudahkan bersalin dan bagi melahirkan bayi yang sihat serta cerdas dari segi  mental dan fizikal. Di dbm, bakal ibu bebas memilih dan menempah bilik kerana dbm memiliki 5 wad eksklusif satu katil dan penghawa dingin di samping peralatan perubatan bagi tujuan bersalin dan pembedahan.

Kemudahan bersalin pembedahan ditawarkan di dbm hospital:

  • suami dibenarkan menemani isteri sehingga selesai pembedahan .
  • semua prosedur di jalankan oleh DR PAKAR kebidanan dan pakar bius.
  • aurat pesakit dijaga sebaik mungkin

Semua bayi yang dilahirkan  di dbm akan diperiksa secara terperinci oleh DR PAKAR KANAK-KANAK iaitu DR YU.DR YU adalah seorang paediatrition berpengalaman melebihi  30 thn dalam bidang kepakaran kanak-kanak.semua routine injection seperti BCG + HEPATITIS B dose pertama akan diberikan oleh DR YU sendiri.

Pakar bius merupakan dr yang menpunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut .

Kelebihan dbm

  • menawarkan harga murah dan berpatutan,bagi ibu yang ingin bersalin tidak perlu membawa makanan serta pakaian sebaliknya pihak dbm akan menyediakan  semua keperluan untuk si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.sekiranya  bayi menghidap penyakit kuning rawatan khas fototerapi disediakan di dbm hospital.Dbm juga menyediakan perkhidmatan ujian darah untuk serum bilirubbin iaitu tahap ketinggian  kuning bayi (SB).
  • Penawar Klinik juga menyediakan perkhidmatan detail scan(scan teperinci)yang dilakukan oleh doctor pakar fetomaternal pada setiap hari ahad.Selain dari itu penawar klinik juga menyediakan perkhidmatan bersunat bagi bayi lelaki.

Bagi menunjukkan komitmen tinggi DBM telah di berikan latihan perubatan dan pembangunan kerjaya berkonsepkan perkerja berilmu.

Dbm dinaikan taraf sebuah syarikat teknologi maklumat yang membekalkan system klinik maya bagi kemudahan kemasukkan data pesakit  ke dalam computer .ini sebagai langkah awal dalam menjadikan dbm sebagai rangkaian hospital islam untuk seluruh masyarakat.perkerja sentiasa dihantar untuk krusus2 pendek dari masa kesemasa yang dianjurkan oleh kementerian  kesihatan Malaysia.

kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada  pelangan  yang sentiasa  memberi sokongan dan kepercayaan kepada dbm sama ada pesakit islam atau pun bukan islam dan terus memilih dbm sebagai klinik yang terbaik buat pesakit.

Pihak dbm ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staff2 yang bertugas dan berkhidmat  bersama dbm sehingga kini.

 5,488 total views,  30 views today