Pelajar Mendapat Biasiswa DBM Hospital
 
 
OLEH: Tuba

PERMATANG PAUH: "Apa yang Dewan Bersalin Muslimah (DBM) Hospital laksanakan untuk pembiayaan pembelajaran anak saya di Univesiti Zagazeb, Mesir dalam bidang perubatan akan dikenang sampai bila-bila, " kata bekas tentera Abdullah Medah dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Baginya, bantuan RM165 ribu selama enam tahun itu cukup bererti bagi keluarga yang kurang berkemapuan macam dirinya.

Kepada Presiden DBM Hospital,  Zolkifly Md Lazim dan Pengarah Urusanya, Dr.Rosnah Abu Hasan jasa dan keprihatin mereka untuk memilih anaknya, Norasyikin Abdullah bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Sementara itu, Norasyikin ketika ditemui di rumah terbuka DBM Hospital baru-baru ini menjelaskan, Insyaallah akan berusaha sedaya upaya memenuhi hajat DBM Hospital serta  mencapai impian diri untuk bergelar seorang doktor yang berwawasan.

Ada masa lagi tiga tahun katanya, untuk memiliki segulung ijazah dalam bidang perubatan dan sanggup menyambung dalam bidang berkenaan untuk memperolehi gelaran Doktor Pakar sepertiamana yang diinginkan oleh pihak DBM Hospital.

"Apa pun usaha diiringi dengan doa.  Seandainya Allah s.w.t mengkabulkan hajat Insyaallah semuanya akan menjadi kenyataan, " jelasnya.

Bagi penajaan pengajian di universiti tersebut beliau dipilih bersama seorang lagi rakan seperjuanganya dari Trengganu, Noradila Syamimi yang sedang menuntut di Unversiti Tanta juga di Mesir dalam jurusan yang sama.

Pihak DBM Hospital menawarkan dua skim 'Biasiswa DBM Hospital' untuk dua orang pelajar dari universiti di Timur Tengah dalam bidang perubatan.

Pemohon akan ditemuduga secara online dengan menggunakan televideo Skype pada bulan Mac setiap tahun asalkan mereka sedang menuntut dan belum menerima  pembiayaan dan tajaan dari mana-mana agensi.

Untuk memilih mereka yang bakal mendapatkan biasiswa berkenaan ia dikendalikan oleh doktor, ahli psikologi dan seorang wakil dari DBM Hospital.

Antara tujuan DBM Hospital melaksanakan projek itu adalah untuk menyediakan lebih ramai doktor wanita dalam bidang sakit puan (O&G) serta menyokong dasar kerajaan memperbanyakan doktor pakar selain menjamin bidang kedoktoran sentiasa ada.

Laman Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Panel | Kualiti | Hubungi Kami | Maklunbalas | FAQ | Webmail
© DBMHOSPITAL 2007 . All Rights Reserved . Design By boxx