Anak Pertama Setelah Lima Kali Keguguran



Adik Yusof Basel lahir 1 September 2012



Norhayati bersama anak dan petugas DBM Hospital

 
Puan Norhayati bersama Dr Hanita sebelah kanan dan hujung sekali Dr Rosnah bergambar kenangan.


Puan Norhayati mendukung anaknya, Yusof Basel

OLEH: Tuba

PERMATANG PAUH, Tentunya pasangan Norhayati Yahya 31 dan pasanganya Ahmad Nizam Ishak 34 boleh tersenyum lebar apabila bayi mereka Yusof Basel selamat dilahir pada puku 8.17 malam 1 September lalu di Dewan Bersalin Muslimah (DBM) Hospital
di Taman Cermai, Permatang Pauh.

Bayi seberat 3.0 kilogram itu itu dianggap satu anugerah memandangkan Norhayati sebelum ini mengalami keguguran sebanyak lima kali mulai tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan sekali lagi ditahun yang sama.

Ini bermakna, setelah mendirikan rumah tangga selama enam tahun akhirnya apa yang mereka harapkan dikalbulkan Allah s.w.t hasil usaha dari DBM Hospital yang memberikan rawatan kaedah cegah keguguran (dengan izin Allah) yang mana suntikan diberikan untuk menguatkan rahim.

Setelah tiga bulan berikutnya Norhati tetap datang untuk pemeriksaan lanjut dan akhirnya ia sahkan mengandung anak pertama.

Pasangan guru di mana Norhayati mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Hilir dan suaminya di Sekolah Kebangsaan Air Puteh, Serdang seperti juga keluargan lain begitu inginkan satu keluarga yang bahagia di samping mempunyai zuriat sendiri.

"Saya besyukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan anak lelaki yang sihat. Terima kasih juga kepada Dr Hanita Mohd Yusop, Dr Rosnah dan semua kakitangan DBM Hospital yag menjaga saya sepanjang berada di situ.  Hanya Allah yang membalas apa yang mereka buat, " tegasnya dengan nada gembira.

Menurut Pengarah Urusan DBM Hospital, Dr Rosnah Abu Hasan kes Norhayati memang kerap berlaku selagi mereka tidak datang ke hospital untuk diberikan suntikan seumpama itu.

Katanya, masalah 'Habitual Abortion' boleh berlaku kepada ibu yang mengandung sekiranya mereka tidak datang awal untuk diberikan suntikan menguatkan rahim.

"Para ibu sekiranya tahu mereka sudah mengandung segeralah mendapatkan rawatan tersebut jangan tunggu bila gugur baru nak datang mendapatkan khidmat nasihat.  Ada juga membiarkan kandungan sehingga tiga bulan tidak mendapatkan perkhidmatan itu maka besar kemungkinan ia akan mengalami keguguran, " jelasnya.

Laman Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Panel | Kualiti | Hubungi Kami | Maklunbalas | FAQ | Webmail
© DBMHOSPITAL 2007 . All Rights Reserved . Design By boxx