
About Us
Penawar Klinik Dan Dewan Bersalin Muslimah (Permatang Pauh) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat berasaskan perkhidmatan perubatan yang memiliki Penawar Klinik dan DBM Hospital di Permatang Pauh. DBM Hospital ditubuhkan pada November 1996 dan beroperasi di sebuah rumah kedai di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang. DBM Hospital merupakan sebuah hospital bersalin swasta berkonsepkan mesra suami dan bayi.
DBM Hospital pada awal penubuhan didaftarkan sebagai sebuah perniagaan milikan tunggal sepenuhnya. Pada tahun 2019, seiring dengan perkembangan perniagaan DBM Hospital yang pesat membangun, perniagaan DBM Hospital dinaik taraf sebagai syarikat sendirian berhad pada 24 Oktober 2019. DBM Hospital merupakan sebuah syarikat yang dimiliki 100% bumiputera.
Pada tahun 1999, DBM Hospital telah berpindah ke premis sendiri di Taman Cermai, Permatang Pauh, dengan tambahan kapasiti katil kepada 5 buah katil. DBM hospital
Antara khidmat utama yang diberikan di DBM Hospital termasuk bersalin secara normal (Normal Delivery), dan bersalin secara pembedahan (Caesarean Delivery). Sejak ditubuhkan lebih 25 tahun yang lalu, DBM Hospital telah berjaya membantu melahirkan lebih daripada 20,000 bayi.
Featured In:


